TABUNG SIMPANAN

Sunday, April 28, 2013

Hutang

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi. 

"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Hutang dengan bank kalau tak bayar mungkin akan di cari sampai ke lubang cacing atau sekurang-kurangnya terlepas bila penjamin TERPAKSA tolong bayarkan, tapi hutang dengan manusia kalau tak dihalalkan maka tanggunglah akibatnya sehingga ke kubur kelak. 

Ada manusia yang suka buat-buat lupa bila berhutang. Bukan lupa, buat-buat lupa. Masa nak berhutang minta tolong bukan main lagi bila dah ada hutang tengok muka pun tak sudi dah. Aik? Macam mana tu kan.. Bila tanya bila nak bayar hutang melenting cerita sekampung yang kononnya hutang dituntut. Kak, hutang dituntut atau tak sendiri pinjam sendiri ingat yang hutang WAJIB BAYAR kalau pun si pemberi hutang tak menuntut. 

Berhutanglah lima belas juta sekali pun kalau bayar sikit-sikit lama-lama akan habis juga, kan? Kadang-kadang kita selalu nak pertikaikan 'KENAPA TAK KAYA?', don't ask that question to Allah but ask it to your self. 

Macam mana nak kaya kalau berkat tu takde. Tak perlu jadi kaya untuk senang, cukup sekadar bersyukur dengan apa yang ada. Macam mana nak berkat kalau berhutang sekeliling pinggang lepas tu tak nak bayar hutang pulak tu! 
PELIK. 

Takde sapa cakap tak boleh berhutang.. Boleh andainya memerlukan tapi takde sapa cakap TAK PERLU bayar hutang. 

Mana otak? There! Jadi, fikir sendirilah ya. 






Jaga mulut, jaga adab. Bercakap jangan main sedap mulut sebab akhirnya orang akan tahu siapa betul siapa salah. Otak kurniaan Allah sila gunakan sebaiknya. Kalau rasa tak tahu nak cakap apa, diam itu lebih baik. Jangan sampai bila orang naik meluat kena halau. 

Sekian.

Bye!

Thursday, April 18, 2013

Bila Pja Baca Novel

Assalamualaikum.


Rumah saya ni ada belambak-lambak koleksi buku. Kanak-kanak, tua, remaja, keluarga dan apa-apa lah tapi yang paling banyak memanglah koleksi buku cintan-cintun jiwang karat ya ampun. Biasalah orang perempuan ni memang suka berangan kan.. So koleksi novel dekat rumah ni jangan cakaplah belambak dia tu. 

Sebelum masa tu akan rasa malas-malas sikit tapi bila dah mula baca tiga jam tak bergerak pun sanggup tunggu sampai lah masuk waktu makan, solat. Barulah berhenti sekejap. Lepas dah buat semua tu baru sambung lagi sampai dari kulit ke kulit dalam masa satu hari.

Lepas dah habis baca akan rasa 'ah menyesal aku buang masa berjam-jam baca buku ni.' Akan bertambah penyesalan berkali-kali ganda daripada lima ialah bila buku tu mak ai tobat aku tak ulang baca dah. Seriously memang ada novel yang erk, apa ni?! Baca pun rasa sakit hati aje.

Ha, lagi satu bila baca novel tolonglah wahai novelist sekali, I know awak memang suka berangan dan sangat kuat berangan. Janganlah letak nama yang entah apa-apa. Example.. ini contoh ajelah ye... Intan Ladyana Myacella bla..bla... Nama sendiri dah panjang berjela lepas tu letak nama bapak lagi Tengku Mukhriz Aman Mokhsin. Contoh aje.. 

Tapi memang wujudlah benda seperti ini. Saya lagi suka baca novel yang namanya simple sangat. Siti ke, Lisa ke, Nurul ke, Fatiyah ke... Apa-apalah janji namanya tidak terbelit sampai nak sebut pun rasa eh apa nama dia ni?! (Ryan), Rian atau Raiyen?  -.-'*kampungnya aku ni.*

Seriously kalau nama tu mudah, orang akan senang ingat. Contohnya penulisan Acik Lana, hero dan heroin dia nama senang aje. Izzara, Helena, Izzat, Karl Hakimi, Putra.. Lepas tu Evelyn Rose pun saya suka. Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil. Nama memang agak panjang tapi nama tu melekat di hati sebab bukan satu nama yang pelik dalam kalangan kita Malaysian people. 

Tengku Ain Mycella Sarah. Ergh! Kalau pergi sekolah letak nama ni dekat anak memang cikgu marah ni. Nak isi dalam rekod kedatangan pun susah. Panjang sangat nama macam mana untuk tiga orang manusia aje. 

Cerita yang kadang-kadang tersama tu saya tak kisah tapi bab nama memang saya tak berapa suka kalau nama yang panjang-panjang sampai berjela nak sebut.Lagi-lagi susah pulak tu! Bajet omputeh la sangat kan. =.='

Fantasi memang tiada hadnya but make it real!

Saturday, March 16, 2013

Italy my dream place.

Assalamualaikum.

Siapa pernah ke Italy? I really-really don't know why dalam banyak-banyak tempat di dunia saya rasa saya nak ke Italy suatu masa nanti. Tengok dalam gambar saya rasa Italy ni sangat-sangat cantik. Ah, suatu hari nanti mungkin hanya dalam mimpi. Ahaks. (InsyaAllah kalau ada rezeki pasti sampai. Optimis!)

Jom layan kan aje gambar-gambar tentang Italy.

Ahhhaaa, husband to be in the future... Tak nak ke bawak saya ke sini? Hakhakhak.

Wow! Wow! Wow!


 
Venice, Italy.

Venice at night. 

Why so beautiful. Oh my God. Sumpah lawa sangat!



Rome, Italy. Rome. Rome. Rome. 

Hye Italy. Can you please keep calling my name? 

Bye!

Saturday, March 9, 2013

Kereta, Mekanik & Highway.


Assalamualaikum. 

Sila ambil biskut dan bancuh kopi kalau nak baca entry ini. Tapi bacalah sebagai nasihat dan peringatan daripada pengalaman saya sendiri. :) 

Kereta saya rosak. Ewah, claim kereta saya pulak, padahal kereta emak saya tapi buat macam kereta saya sendiri. Btw, masa perjalanan balik dari Damansara ke rumah saya di Jitra, kereta suddenly takde aircond padahal sebelum tu okay aje. So saya cakap dekat adik saya lepas kita take over lori ni kita stop.

Seperti yang saya dah rancang tadi, maka lepas potong lori besar maka kami pun berhenti tepi jalan. Call orang sana sini nak tanya eh kenapa eh kereta ni eh jalan macam semput eh padahal kereta ni tak pernah ada masalah eh dan baru aje servis eh hari tu eh. Lebih kurang macam itulah cerita pasal kami berhenti di tepi jalan. Berdua dan perempuan. Cuak memang cuak tapi buat muka selumber badak aje.

Tak sampai lima belas minit kemudian abas-abang PLUS Ronda tiba-tiba muncul dari belakang. Eh baru nak call dah muncul? Okay. 

"Kenapa dik?" Jongket bahu sebab I totally have no idea what is wrong with my car! Sumpah tak tahu.
Abang PLUS bukak la bonet kereta dan gelak-gelak. Air kering. Baiklah bang. :) Silly me. 

Lepas tu tak sampai lima saat abang PLUS Ronda sampai, sampai lagi dua orang tukang tarik kereta. Aik, mana muncul ini orang? Baiklah, buat tak tahu. :) Kemudian abang PLUS tarik kereta saya sampai ke Lembah Beringin. Ya, masa tu kami dah lepas Tol Rawang Selatan dah, punya jauh dah berjalan. T_T'

Kemudian abang PLUS Ronda pesan dengan saya lepas sejam atau lebih baru tuang air, biar kereta betul-betul sejuk. Itu yang orang lain semua pesan dengan saya melalui panggilan telefon. Saya faham tentang arahan itu. Saya akan bair kereta tu sejuk sampai lama-lama. Bonet kereta saya biarkan ternganga supaya angin masuk maka lebih cepat sejuk. Saya akur dengan arahan abang tu, saya tunggu tepi kereta. Tiba-tiba ada dua orang India yang ikut kami, (penarik kereta) ambil air kumpul-kumpul few bottles dan tanpa baca bismillah ke apa mantera ke terus tuang air atas enjin kereta saya. Masa tu WTF! Kau ni siapa hoi tiba-tiba aje tuang air dekat kereta saya. 

Adik saya terus tarik muka sebab terkejut. Kalau rosak macam mana?! 

Saya diam sebab dekat area Lembah Beringin punya tol tu memang sumpah sunyi gila wa cakap lu! Memang tak berani nak pelik-pelik sangat dengan India dua orang tu sebab takut oi kalau dia buat apa-apa kang naiya aje. 

Tak sampai lima minit abang PLUS tu blah, datang satu kereta Wira parking betul-betul sebelah kereta saya. Dua orang lelaki turun, pakai gelang tahap besar boleh tambat kepala lembu dan rantai blink-blink. Dalam hati sumpah cuak gila. Siapa ni takde pulak aku call mana-mana mekanik kecuali my cousin cakap dia otw datang dari Kajang. KAJANG? Mak oi, memang jauh. :)

Adik saya berdiri jauh sikit dari kereta. Saya masih selumber duduk dekat situ. Kereta rosak ke dik? Dia tanya. Saya angguk kepala sebab mula-mula saya memang ingat dia tu sape-sape ntah yang nak berhenti kencing tapi rupanya mekanik jalanan. Fcuk! 

"Jom la pi sana. Boleh tutup bonet kereta?" Adik saya cakap dekat India tadi. India tu pun akur dan tutup bonet kereta. Kami dua orang mak nenek ni pun terus blah dari situ dan pergi duduk betul-betul tepi jalan tempat orang nak bayar tol siap ketuk rumah tol."Abang boleh bukak tingkap tak? Kami nak duduk dekat sini. Takutlah duduk sana, ada orang pelik-pelik." Abang tu angguk dan gelak-gelak. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu kemudian sampai jugak orang yang dinanti. Memang seriously lama gila tunggu dan asyik call sana sini non-stop sebab takut hokayyy! Tapi saya tayang muka saya banyak-banyak dekat CCTV tol tu sebab saya nak CCTV tu rakam muka saya ni. HAHAHA. Silly! 

Okaylah bila dia dah sampai maka kami pun pergilah berkampung dekat tempat kereta saya tadi tu dan buat macam-macam la untuk hidupkan kereta tu semula. Sampai suami makcik yang jaga tol dekat situ pun tolong saya, panggil anak saudara dia datang dan kereta masih tidak berjaya hidup. :( Sedih. 

Kenapa? India tu dah tuang air masa enjin masih panas dan dia sepah-sepahkan air dekat enjin. Kalau awak isi sendiri air dalam tangki kereta, awak isi elok-elok kan? Tak, dia isi sepah-sepah bagi air kena enjin. 

Akhirnya kereta tu kena tow. Saya tow dari Lembah Beringin sampai ke Kajang dengan seorang hamba Allah bernama Bakri, RM250 sahaja termasuk tol dan minyak semua. Kami tak perlu tanggung apa-apa. 80km++ Mahal?  Saya rasa itulah harga paling murah saya dapat dan abang tu memang nak tolong kami aje. Kalau orang lain semua nak ambil sampai RM380-RM400++ (minyak dan tol sila bayar ya dia tolong tow kereta bawak balik aje.)

Abang ni punya tow bukan tow yang senget tu, tow abang ni naik lori. Macam lori tow PLUS yang baru tu. Rasa kelakar bila tengok baby lori. Kesian dia kena naik lori sampai ke Kajang. T_T' Tapi nak buat macam mana dah terpaksa. 

Lama jugak saya tunggu abang Bakri tu sampai. Masa dia otw tu saya berdoa sangat-sangat mintak-mintaklah dia ada rupa manusia bukannya orang besi macam saya jumpa petang tadi. Rantai besar, gelang, rambut ada ekor dan macam-macam. Alhamdulillah, bila dia sampai saya memang tersenyum la bila tengok rupa dia. Memang seorang manusia. Thanks God! 

Baiklah, apa yang saya nak sampaikan dekat sini ialah kalau kereta rosak dihighway, jangan sesekali terima pelawaan mekanik-mekanik jalanan untuk bawak kereta anda ke bengkel dorang walaupun dorang akan cakap 'dekat aje, jom pergi tengok. Dua hari janji siap.' 

Mak cik yang bekerja di tol tu pesan dengan saya jangan, jangan, jangan. Ambillah kereta ni bawak balik walaupun jauh sekali pun sebab kalau hari ni dorang janji RM200, nanti pergi bengkel dorang memang kena kapak (bukan ketuk lagi dah) sampai RM2k. Kalau dorang cakap RM300++, siap lah RM3k ++. 
Kalau dia cakap 2 hari, sila sediakan lima atau enam hari, atau lebih. Memang penipu semua tu. Betul saya takde pengalaman tapi saya nasihatkan atas pengalaman orang lain.

Kemudian saya sembang panjang dengan abang PLUS Ronda yang berkali-kali pusing pi balik pi balik di Tol Lembah Beringin sebab saya mintak dia 'abang selalu la pusing dekat sini sebab takde orang, kami takut.' dan abang tu bila pusing aje dia akan stop sembang dengan saya sekejap. Masa tu saya tanya dia nak ke terima dorang ni dan dia cakap jangan sesekali. Kalau boleh cari orang lain, cari dulu. Kalau terdesak amat-amat barulah amek. Tapi kalau boleh jangan...jangan. 

Dah banyak kali dah kes macam ni dan boleh kata setiap hari berlaku kereta rosak. Abang tu memang akan nasihatkan supaya jangan terima dorang ni tapi kalau nak terima jugak terpulanglah. Abang tu memang ikhlas nak tolong aje sebab banyak kes dorang ni kapak orang sampai parah. (cekik darah).

Saya tanya-tanya jugak dengan Abang Bakri tu kenal tak dengan dorang tu since Abang Bakri tu orang Bukit Beruntung aje, dan dia kata kenal. Saya tanya la kenapa tow dorang mahal, dia cakap sebab itu cara dorang cari makan kita tak boleh buat apa-apa. Sedih. Kenapa macam ni.. Jangan la aniaya orang, tak baiknya. :( 

Dulu pernah sekali emak saudara saya dalam keadaan memang terdesak sebab ada anak kecil dua orang, air kering dalam perjalanan dan dorang terpaksa terima orang-orang ni. Kereta buat top overhaul kalau bengkel biasa-biasa RM500-RM700, tapi dengan mekanik jalanan ni kena sampai RM2500. Saya takut sangat dengan dorang ni, seriously. Pakai pelik-pelik, rambut panjang dan cara dia approach kita pun macam nak datang bergaduh. (sebab tu masa jadi macam ni mak sedara saya berkali-kali call jangan layan dorang tu jangan cakap dan jangan sesekali terima nak pi bengkel dorang.)

Dia akan cakap ini rosak, ini kena repair, ini harga gini..gini tapi bila sekali kita terima dia, memang masaklah. 

Ada yang datang tu Melayu, Islam tapi cara dia langsung tak menggambarkan agama dia. Langsung tidak. Nak cari makan untuk anak isteri, bukan macam ni caranya bang. Banyak cara halal.. Kalau menganiaya orang, Allah. Tak tahulah nak cakap. 

Sampai sekarang saya rasa masih takut kot kalau nak berjalan jauh kalau berdua aje perempuan. Kalau perempuan semua pun saya rasa kena ada tiga atau empat orang at least. Berdua je sesama perempuan.... saya tak berani la nak drive kereta jalan jauh ni. Takut dengan malang yang tidak berbau.. :( 

Lain kali sila check air betul-betul dan jangan cuai. Jangan.. jangan. 

Alhamdulillah, semuanya selesai dan Allah melindungi saya dan adik. 

p/s : Dah habis kopi?

Bye!

Tuesday, March 5, 2013

Amazing!

Assalamualaikum.

Saya suka dengan air terjun. Suka tengok, bukan suka mandi. Sorry, saya tak suka mandi tempat lain selain dari bilik mandi. Serious! Tak suka mandi laut yang melekit, tak suka mandi air terjun yang tak tahu mana nak salin pakaian dan tak suka mandi di swimming pool yang ramai orang atau orang akan tengok awak mandi dari atas rumah dia. -.-'

Tapi dalam tak suka pun takdelah sampai saya tak mandi langsung di tempat-tempat macam itu. Sekali-sekala yang berkala-kala tu saya pergi juga. Rehatkan minda katanya. Hiks. :) 

Apa yang saya tulis di atas ialah langsung tiada kena mengena dengan apa yang saya nak kongsi di bawah. The amazing world! Ini saya suka... homaiii! Kenapa cantik sangat!





 






Sukaaaaa! 

Okbye!

Saturday, March 2, 2013

Tak pernah kering idea.

Assalamualaikum.

Bila saya buka belog saya, pertama saya akan tengok ialah side bar sebelah kanan. Kegemaran saya siapa yang akan update. Kemudian mouse akan menghala ke sana dan klik. Orang yang paling paling paling saya kerap buka ialah Vivy Yusof. Banyak gila benda yang dia share with the readers, Yap, I am one of her silent readers. :) 

Banyak sangat benda yang dia kongsi dalam dunia maya and dari segi penulisan Vivy Yusif I think she is the funny person! Serious bila baca belog dia boleh buat rasa nak tergelak sorang-sorang. :D

Kemudian saya fikir balik kenapa saya dah jarang update belog saya? Dah kering idea atau dah rasa macam malas nak berkongsi tentang apa yang ada dalam hidup saya? (Sila baca dengan satu nafas ayat seterusnya) Mungkin ada orang tak suka tulis tentang apa dia makan pada hari ini, apa menu makan dan makan di mana tapi ada orang suka berkongsi tentang itu sebab dia rasa mungkin ada orang lain yang tak tahu mana nak cari tempat makan yang sedap boleh tahu tempat makan yang sedap dan tempat makan yang tidak sedap melalui perkongsian dia. 

Kemudian saya fikir semula apa tujuan saya berbelog? Kenapa awal-awal dulu saya tulis belog? Aha, sebab dulu ada internet kemudian saya tak tahu macam mana nak isi masa lapang saya sebab tu saya tulis belog. Kahkahkah. Baiklah, dulu saya tulis sebab saya nak berkongsi pasal diri saya dan pendapat saya tentang kehidupan kemudian bila dah besar saya rasa macam emmm, malaslah nak tulis pasal diri sendiri aje.. 

Akhirnya senyaplah belog ini, kadang-kadang muncul entry kadang-kadang diam tanpa berita. Mungkin akan datang banyak cerita bila saya dah kerja. Sekarang tanam anggur sampai saya tak tahu nak tulis apa. Hahaha.

Motif entry ini? Tak ketahuan hala. 

Wednesday, February 27, 2013

Interview SPP

Assalamualaikum.





Saya memang dah berniat untuk berkongsi pengalaman interview SPP yang telah saya jalani pada 20 Februari 2013. Kali kedua interview selepas kali pertama pada tahun 2007. Haha, lama gila tak berdepan dengan perasaan berdebar macam ni. :)

Saya kena interview dengan Encin Tajuddin dari PPD Baling dan Datuk Norman dari SPP. Datuk Normah ni seorang yang sangat baik, lemah-lembut dan banyak tersenyum. Tak pernah la kumpulan saya kena hetam dengan dia, sepanjang sesi interview berjalan pun dia banyak selitkan kata-kata nasihat dan kata-kata motivasi untuk menjadi guru yang lebih baik pada masa akan datang. :)

Tak banyak soalan yang saya dan kumpulan saya kena, cuma lima soalan besar sahaja.

1. Apakah yang perlu dilakukan oleh Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020?
Jawapan yang diberikan oleh kumpulan saya ialah dari segi insfrastruktur negara kita perlu dipertingkatkan lagi, prasarana perlu diperluaskan lagi kelengkapannya dan ICT perlu di naiktaraf sehingga ke kawasan-kawasan pedalam kerana banyak maklumat-maklumat terkini tentang dunia boleh diperolehi melalui perkembangan ICT.  (lain-laian jawapan yang relevan)

2. Kenapa Malaysia mahu mencapai Wawasan 2020? 
Kerana mahu meningkatkan taraf hidup rakyat di negara sendiri. Jika Malaysia menjadi negara maju, maka rakyat Malaysia akan hidup senang-lenang di negara sendiri. Pengaliran matawang asing ke Malaysia juga akan tinggi kerana apabila Malaysia menjadi negara maju, ramai pelabur asing akan melabur dalam syarikat-syarikat di Malaysia, jadi menjadikan negara kita dikenali oleh dunia. Selain itu dalam aspek pendidikan pula,  mungkin tenaga kerja kita yang pakar akan menjadi rujukan oleh negara-negara asing. (Apa-apa sahaja jawapan yang logik)

3. Apa yang dimaksudkan dengan Negara Berpendapatan Tinggi?
Okay, yang ni serius saya terdiam sekejap dan dalam hati berdoa (tolonglah tanya orang lain dulu, since saya adalah orang pertama dalam kumpulan tu, jadi kebanyakan soalan akan dimulakan dengan saya). Alhamdulillah Datuk Normah point orang yang berada di tengah-tengah. Fuhhh, lega. 

Jawapan kami ialah mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan kadar pendapatan isi rumah. Jawapannya yang tepat tak pasti tapi lebih kurang gitulah jawapannya. Kadar kemiskinan tidak mampu untuk dihapuskan tetapi Malaysia mampu untuk mengurangkan kadar kemiskinan rakyat negara ini. :) 

4. Apa kaitan PPPM dengan LINUS? 
Baiklah, dalam gelombang 1 (2013-2015), untuk pemulihan akan diwujudkan di sekolah-sekolah Cina/Tamil. Hal ini adalah kerana kelas peralihan di sekolah-sekolah menengah akan dihapuskan dengan jangkaan bahawa semua murid bukan Melayu boleh kuasai bahasa Melayu dengan baik sebelum masuk ke sekolah menengah. 
Kemudin LINUS BI akan dimulakan dalam gelombang ini. 

5. Bagaimana mengajar murid yang tidak tahu kemahiran misalnya KV,KVK, KVKV, dll.
Wahai cikgu-cikgi yang bijaksana, senang aje ni, Boleh fikir sendiri. Ajar melalui kaedah permainan, main peranan, lakonan, buat didik hibur, kemudian sediakan aktiviti yang menyeronokkan, bawa murid keluar dari kelas tengok persekitaran dll. :) 

Itu sahaja yang ditanya kepada kami. Satu jam lebih masuk ke bilik temuduga dan seriously korang takkan rasa macam lama pun. Memang sekejap aje, tup-tup bila keluar kawan korang akan cakap macam ni "GILA LAMA KORAG MASUK, DEPA TANYA APA?" 

Diri sendiri langsung tak rasa lama pun dekat dalam tu sebab semua orang berebut-rebut nak bercakap dan berbincang. Panel pun akan bercakap dan bagi pandangan mereka jugak. 



Semoga saya dan rakan-rakan lulus dengan cemerlang, dapat sekolah yang elok, suasana kerja yang seronok, rakan-rakan kerja yang sporting, baik, rajin membantu dan anak murid yang sangat baik dan bijak. Semoga urusan pekerjaan dapat selesai secepat mungkin. Doakan saya, insyaAllah. 

Bye!