TABUNG SIMPANAN

Sunday, August 5, 2012

My kad raya.

Assalamualaikum.

Hai! Selamat berpuasa! 
Awak puasa tak?
Saya belum ada baju raya. Baju raya awak warna apa? 
Mak awak banyak tak buat kuih raya tahun ini?
Mak saya buat lima jenis kuih raya. 
Saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada awak dan keluarga.
Saya juga ingin menjemput awak datang ke rumah saya pada hari raya nanti.
Jangan tinggal puasa tau!
Nak duit raya, jangan lupa. 
Nah, ni duit raya untuk awak. 

Pecah kaca pecah gelas,
Lepas baca, harap balas.

Ini butiran kad raya yang rasanya kebanyakan orang hantar masa sekolah rendah dulu, kan? TAK MALU kau ni ye. Dah bagi kad raya dekat orang harapkan balasan pula. Nak kira berapa banyak kad raya kau dapat lah tu kan? -.-' Amboi kemain lagi mintak maaf zahir dan batin ye. Siap dengan keluarganya sekali. 

Rasanya sejak kemajuan teknologi yang semakin pesat di Malaysia, dah lama diriku ini tidak menerima kad raya. Walaupun dari yang tersayang. 

Tahu tak, saya belum beli baju raya lagi. Saya pasti akan beli baju raya pada hari ini. AKAN beli jua.

Baiklah sebaris ayat diatas tidak berkaitan dengan sesiapa atau saya juga tidak memerlukan tajaan untuk baju raya pada tahun ini. Eh, takpe tak payah susah-susah nak cari contact number. Kalau nak taja boleh la cari nama Pja Ismail di FB ye. Mmmmmuah!

Jangan membazir ye, berjimat cermat itu amalan mulia.
Mari menabung untuk masa depan yang cerah, gemilang dan terbilang. :)

Selamat berpuasa semua.
Bye!

No comments: