TABUNG SIMPANAN

Saturday, November 3, 2012

Hidup dan matlamat dalam kehidupan.

Assalamulaikum.

Berusia 23 tahun pada tahun ini saya mempunyai banyak benda yang ingin saya capai dalam kehidupan kini dan masa akan datang. Ya, berusia 23 tahun dan perlu merancang kehidupan yang lebih bermakna pada masa depan. Keluarga, kewangan dan kerjaya. 

Kadang-kadang saya pelik dengan manusia yang dah berusia lebih dari 20 tahun, dah habis belajar pun masih tak boleh nak 'manage' kehidupan sendiri. Kalau bekerjaya, tak kisahlah kerjaya apa, kalau dah namanya bekerja maksudnya anda orang bekerjaya dan mempunyai gaji untuk menampung kehidupan. Kadang-kadang ada orang berbelanja melebihi apa yang dia ada maka akan berlakunya keberhutangan yang melampau. 

Saya rasa orang yang dah kerja tapi masih lagi tunggang langgang kehidupan dia, macam tak boleh nak 'manage' kewangan dia adalah orang yang takde matlamat kehidupan. Betul, money comes and go, but kalau hari ini tak mula menyimpan, bila duit nak bercambah. Kan? Kalau hari ini masih tidak mempunyai matlamat yang ingin dicapai dalam hidup, bila nak tetapkan matlamat tu? Tahu ke apa yang nak dicapai dalam kehidupan? 

Pakai baju memahal, nak belagak aje. Kepuasan? Kenapa kalau pakai baju takde brand tak puas ke? Kalau duit banyak berkepuk belilah baju macam mana pun, tak kisah. Tapi kalau duit pun nak tak nak aje tapi nak sombong aje lebih, mana kepuasan berbelanja kalau makan pun orang nak bayarkan?! Semua barang nak ada brand aje sebab kualiti. Siapa kata barang murah takde kualiti? Ukur baju di badan sendiri. 

Sampai bila nak enjoy? Kalau dah umur 20 lebih pun still rasa nak enjoy, maka anda adalah orang yang paling rugi. Hari ni enjoy esok mati, paling rugi! Come on,kalau bercakap dengan bijak pandai dan pakar-pakar kewangan, perkara yang mereka akan tekankan ialah simpanan dan berhemah dalam berbelanja. Tak perlu nak bermewah-mewah asalkan cukup makan pakai. 



Have a good financial today to have a good life ahead :) 

Bye!

1 comment:

Macy Humaira said...

da na abessss org tuuu